Nokia Mula Membayar Untuk Idea Inovasi Dari Pihak Luar

Nokia Mula Membayar Untuk Idea Inovasi Dari Pihak Luar

Diterbitkan pada Mei 20, 2011 oleh .

Walaupun Nokia mempunyai ribuan pekerja yang melakukan kajian setiap hari, kini Nokia membuka peluang kepada orang luar, dimana kini sesiapa sahaja yang mempunyai idea inovasi yang menarik, dan mungkin akan menguntungkan Nokia boleh membawanya dan memberikannya kepada mereka, dan idea yang menarik akan diberikan ganjaran oleh pihak Nokia sendiri.

Untuk menjayakannya, Nokia telah pun melancarkan sebuah laman web khas, yang membolehkan para pengguna untuk menghantarkan idea mereka. Nampaknya mungkin selepas ini lebih banyak telefon konsep Nokia yang kita akan dapat melihat, selain lebih banyak inovasi yang menarik pada platform mereka.

Sekiranya anda mempunyai idea-idea inovasi yang menarik dan berguna untuk masa depan platform mudah-alih, anda mungkin boleh hantarkannya kepada pihak Nokia, dan menikmati ganjaran daripada mereka sekiranya diterima.


TIPS & ULASAN