Cari @ Amanz

Selain daripada versi web, kini Oh! Media maju setapak kehadapan lagi dengan memperkenalkan aplikasi iOS khas untuk radio atas talian mereka, Oh! Media FM. Kini, para pengguna boleh mendengarkan radio Oh! Media FM dimana-mana sahaja melalui iPhone, iPod dan iPad mereka, selagi ada talian internet.

Selain daripada radio atas talian, aplikasi iOS Oh!MediaFM juga turut sama didatangkan dengan kotak sembang, membolehkan para pengguna menikmati segala perkara yang terdapat pada web terus melalui peranti iOS mereka. Buat masa ini, ianya merupakan versi pertama dikeluarkan, dan dibangunkan oleh ANSI Systems Sdn Bhd.

Para pengguna iOS yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada AppStore secara percuma, dan mula mendengarkan radio Oh!MediaFM dimana-mana sahaja anda berada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd