Selain daripada RM50 juta yang dilaburkan oleh SK Telecom pada P1 pada beberapa hari yang lepas, ianya juga turut diketahui yang mana GreenPacket turut sama telah menambah pelaburan mereka pada P1, iaitu sehingga RM151 juta, sekaligus menjadikan pelaburan baru pada P1 berjumlah lebih RM200 juta.
Dengan penambahan pelaburan ini juga, ianya telah meningkatkan jumlah pegangan saham kedua-dua syarikat tersebut pada P1, dimana kini SK Telecom memegang sehingga 25.97%, manakala Green Packet memegang sehingga 59.36%.
Menurut P1, dana pelaburan yang baru ini akan digunakan untuk terus memperluaskan perkhidmatan mereka, selain turut sama digunakan dalam menaik-taraf rangkaian mereka kepada TD-LTE seperti diperkatakan sebelum ini.
P1 sebelum ini telah pun memperlihatkan rangkaian TD-LTE mereka yang membawakan kadar muat-turun sehingga 130Mbps, dan mereka dijangka akan meneruskan ujian rangkaian tersebut sekitar penghujung tahun ini, sebelum diperkenalkan kepada semua pada penghujung tahun hadapan.