Cari @ Amanz

Mozilla kini telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana mereka akan melepaskan Firefox 5 Beta dalam masa beberapa hari. Seperti sedia maklum, sejak 17 Mei yang lepas, Mozilla telah pun memulakan pembangunan Firefox 5 Beta, dimana kini versi pembangunan beta sudah pun terdapat pada pelayan Mozilla dan boleh dimuat-turun.

Namun begitu, ianya bukanlah versi beta akhir, yang akan diperkenalkan oleh Mozilla tidak lama lagi. Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah Firefox 5 Beta akan dikeluarkan, tetapi Mozilla mengesahkan yang mana versi stabil Firefox 5 kelak akan dilancarkan pada penghujung Jun kelak.

Selain daripada versi desktop, Mozilla juga dalam perancangan untuk melepaskan Firefox Mobile 5 Beta ataupun yang mana dikenali sebagai Fennec bersama-sama dengan versi desktop. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd