Kebakaran Di Foxconn – Lebih 16 Pekerja Cedera, Dua Kematian

Diterbitkan pada Mei 21, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini, Foxconn mengesahkan yang mana kilang mereka di Chengdu terbakar dan menyebabkan dua kematian, dan lebih 16 pekerja lain mengalami kecederaan. Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan, dan segala pengeluaran ditangguhkan sehingga siasatan penuh selesai sepenuhnya.

Kampus Chengdu ini merupakan pengeluar untuk A5, yang mana merupakan sebahagian daripada komponen pada iPad 2. Buat masa ini, ianya tidak diketahui bagaimanakah ianya akan memberikan kesan kepada pengeluaran iPad 2, namun semestinya nyawa adalah lebih penting daripada segalanya.

Laporan penuh mengenai penyiasatan ini mungkin akan diketahui tidak lama lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami