Dengan lebih ramai mula menggunakan Windows Phone, kini Microsoft telah pun menetapkan tarikh keramat untuk Windows Mobile 6.x, iaitu pada 15 Julai, dimana selepas tarikh tersebut, para pembangun aplikasi tidak boleh mengubah harga, dan beberapa informasi berkaitan aplikasi mereka untuk Windows Mobile. Namun begitu, para pengguna masih boleh memuat-turunnya, dan tidak diketahui sampai bilakah tempoh tersebut.
Selain daripada itu, Microsoft juga tidak lagi akan menerima aplikasi baru daripada pembangun bermula daripada 15 Julai kelak, dan para pengguna hanya boleh memuat-turun aplikasi sedia ada sahaja. Pada masa yang sama, kemaskini aplikasi juga tidak akan diterima lagi, sekaligus memperlihatkan yang mana Microsoft seperti ingin menghentikan sokongan untuk Windows Mobile 6.x.
Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum mengeluarkan tarikh penghentian sokongan untuk Windows Mobile 6.x, namun sudah pun mula memperlihatkan petanda-petanda awalnya. Mungkin selepas ini, dengan hanya menumpukan pada Windows Phone sahaja, Microsoft dapat membawakan lebih banyak inovasi, sekaligus memudahkan pembangun hanya membangunkan satu aplikasi sahaja, tanpa perlu menghiraukan untuk versi sebelumnya.