AdSense Untuk Kandungan Web Mudah-Alih Di Perkenalkan Untuk Malaysia

AdSense Untuk Kandungan Web Mudah-Alih Di Perkenalkan Untuk Malaysia

Diterbitkan pada Mei 21, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan Adsense untuk kandungan mudah-alih, kini Google secara rasminya membawakan fungsi tersebut kepada para pembangun di Malaysia, dimana kini para pemilik web boleh menyertakan adsense pada kandungan web mudah-alih mereka, dan menjana wang melaluinya.

Ianya dikatakan yang mana, untuk versi mudah-alih ini, AdSense secara automatiknya akan mengetahui jenis telefon dan platform yang digunakan, serta memperlihatkan iklan yang bersesuaian dengan kandungan web anda. Buat masa ini, ianya hanya membolehkan anda menyertakannya pada halaman web mudah-alih sahaja, dan bukannya pada aplikasi mudah-alih masing-masing.

Sekiranya anda merupakan pembangun aplikasi mudah-alih, mungkin anda boleh menggunakan AdMob, yang mana turut sama merupakan salah satu produk daripada Google juga.


TIPS & ULASAN