Lebih pantas daripada versi desktop, Mozilla kini telah pun mengeluarkan Firefox Mobile 5 Beta, yang mana membawakan beberapa fungsi baru yang masih lagi dalam pembangunan kepada para pengguna Android, disamping pada masa yang sama mendapatkan maklumbalas terus daripada para pengguna.
Melalui Firefox Mobile 5 Beta ini, Mozilla membawakan salah satu fungsi popular pada desktop kepada para pengguna Android, iaitu fungsi Do Not Track, yang membolehkan para pengguna mengawal privasi mereka ketika melayari web dengan lebih menyeluruh lagi.
Firefox Mobile 5 Beta ini boleh digunakan oleh para pengguna Android 2.0 yang terkini, dan seperti sedia maklum, ianya boleh dijalankan bersama-sama dengan versi stabil Firefox 4.0 yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah versi beta untuk pengguna Maemo akan dikeluarkan, manakala pengguna Android boleh memuat-turunnya melalui Android Market dengan mudah.