Carian
Firefox 5 Beta Dilepaskan Oleh Mozilla
May 21, 2011 Aman

Selain daripada Firefox Mobile 5 Beta, Mozilla juga kini turut sama telah mengeluarkan Firefox 5 Beta untuk semua pengguna desktop untuk mengujinya terlebih dahulu sebelum versi stabilnya menyusul tidak lama lagi. Antara perkara baru, termasuklah fungsi mengubah saluran, peningkatan stabiliti dan prestasi, serta sokongan untuk animasi CSS yang baru.

Firefox 5 Beta ini merupakan beta pertama yang dikeluarkan mengikut latar masa pembangunan yang lebih pantas yang baru diperkenalkan berbanding sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama. Sebelum ini, Firefox telah pun diperkenalkan saluran pembangunan harian, dan juga Aurora.

Firefox 5 dijangka akan dilepaskan sekitar pertengahan bulan Jun kelak, yang mana mungkin beberapa fungsi baru akan diperkenalkan padanya. Sementara itu, anda boleh memuat-turun versi beta ini dan mengujinya terlebih dahulu.

Komen