(Ura-Ura) Samsung GALAXY S2 Di Malaysia Bulan Hadapan?

(Ura-Ura) Samsung GALAXY S2 Di Malaysia Bulan Hadapan?

Diterbitkan pada Mei 21, 2011 oleh .

Kini, beberapa kedai-kedai disekitar Lembah Klang sudah pun mulakan jualan telefon pintar dwi-teras yang baru daripada Samsung ini, dan kami juga turut mendengar beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Samsung GALAXY S2 bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan di Malaysia, dan syarikat telekomunikasi yang diperkatakan akan menawarkannya adalah Maxis.

Samsung GALAXY S2 kini ditawarkan oleh kebanyakkan kedai pada harga RM2599. Namun begitu, ianya tidak diketahui berapakah harga yang akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi kelak apabila menawarkannya kepada para pengguna.

Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura. Sebelum ini, peranti dwi-teras Android pertama telah pun dilancarkan di Malaysia oleh LG bersama-sama dengan Celcom, melalui peranti LG Optimus 2X mereka.


TIPS & ULASAN