Cari @ Amanz

bbPress merupakan antara projek yang dibangunkan oleh pembangun disebalik WordPress sejak tahun 2008 yang lepas. Namun ketika itu ianya dibangunkan sebagai perisian berasingan, dan sebelum ini pembangunnya telah mengatakan akan menjadikannya sebagai plugin untuk WordPress, dan kini versi beta plugin itu sudah pun boleh dimuat-turun dan diuji oleh semua.

Kini, bbPress dikeluarkan sebagai plugin untuk WordPress, dimana para pengguna yang ingin memasang forum atau tempat untuk berbincang boleh menggunakannya dengan mudah, dan mengintegrasikannya pada WordPress dengan senang tidak seperti dulu.

Pihak pembangunnya sendiri ingin menjadikan bbPress suatu aplikasi yang ringan dan bersaiz kecil, selain turut membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik sama seperti pelbagai perisian yang lain.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh mencuba dan menguji plugin bbPress yang masih lagi pada peringkat beta ini pada pemasangan WordPress anda. Mereka yang berminat boleh memuat-turunnya daripada halaman rasmi plugin di WordPress Extend.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd