Cari @ Amanz

Nampaknya, berkemungkinan besar pada masa hadapan kita tidak lagi akan dapat melihat bar URL pada pelayar web kita. Selepas pembangunan Chrome 13 memperlihatkan antaramuka kompak dengan bar URL yang disembunyikan, kini Mozilla turut sama menguji perkara yang lebih kurang serupa melalui pelayar web Firefox mereka.

Mozilla telah pun memperkenalkan sebuah add-on khas untuk Firefox 4 yang mana dikenali sebagai Less Chrome HD yang akan memaksimakan ruangan dengan menyembunyikan toolbar dibahagian bawah tab secara automatik apabila ianya tidak aktif digunakan. Buat masa ini, ianya hanyalah suatu add-on berbentuk eksperimental daripada pihak Mozilla Labs, dan masih tiada pengumuman untuk mengintegrasikannya pada pelayar web mereka buat masa ini.

Namun begitu, ianya bukanlah suatu yang mustahil untuk mereka mengintegrasikannya. Mungkin dengan dunia yang menuju ke skrin lebih kecil seperti tablet dan netbook, fungsi ini semestinya akan menyumbang kepada pelayaran web yang lebih menarik pada skrin yang lebih kecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd