Cari @ Amanz

Selain daripada aplikasi khas untuk para pengguna Windows, pembangun yang sama juga turut sama sedang dalam proses membangunkan sebuah aplikasi khas iLuvIslam Radio kepada para pengguna Android, dan menariknya versi pembangunan aplikasi tersebut sudah pun boleh diuji sekarang pada peranti Android anda.

Untuk menggunakan aplikasi ini dengan jayanya pada peranti Android anda, ianya hendaklah dipastikan yang mana anda menggunakan Android 2.2 Froyo dan terkini, selain mempunyai sambungan internet untuk mendengarnya tanpa sebarang masalah. Para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun fail *APK untuk Android, serta mengujinya pada peranti anda, selain memberikan maklumbalas berkenaan dengan aplikasi ini. Buat masa ini, ianya masih lagi belum dimuat-naik pada Android Market.

Selain daripada itu, ianya juga turut dimaklumkan yang mana aplikasi iLi Radio untuk BlackBerry akan dilancarkan dalam masa sebulan lagi, selain mana aplikasi iPhone dan juga Windows Phone bakal menyusul tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd