Cari @ Amanz

Setelah fungsi RSS pada halaman Facebook Pages hilang buat seketika, kini ianya kelihatan yang mana Facebook telah pun menyertakan kembali fungsi tersebut pada setiap halaman, membolehkan para pengguna melanggan RSS seperti sebelum-sebelum ini.

Walaupun pada masa kini, ramai yang mula melupakan RSS, ianya masih lagi digunakan dengan aktif oleh segelintir pengguna. Beberapa aplikasi seperti Google Reader dan sebagainya juga aktif digunakan oleh beberapa pengguna, memperlihatkan RSS adalah masih relevan walaupun ramai yang mengatakan sebaliknya.

Akhir-akhir ini, RSS tidak mendapat perhatian apabila lebih ramai beralih kepada laman-laman sosial, seperti Facebook dan Twitter untuk mengikuti pelbagai berita-berita semasa dan info terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd