Cari @ Amanz

Jikalau Facebook ada halaman Facebook Pages untuk pengguna perniagaan, Google pula dijangka bakal memperkenalkan halaman Google Business Profiles pada Google Apps, yang mana akan membawakan fungsi Google Profiles padanya membolehkan beberapa profail tambahan yang menjurus kepada memperlihatkan perniagaan dibina.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah fungsi tersebut akan dilancarkan, tetapi sudah pun terdapat pada kod sumber halaman tersebut, memperlihatkan mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Fungsi-fungsi yang bakal diperkenalkan padanya juga tidak diketahui samaada akan membolehkan sesuatu perniagaan membuat rangkaian sosial mereka tersendiri, ataupun seperti Facebook, membolehkan pengguna-pengguna luar berhubung dengan mereka dengan mudah.

Selain daripada itu, lagi satu perkara baru yang didapati adalah mana Google telah pun menambah subdomain baru pada domain utama mereka, iaitu PlusOne.google.com. Namun begitu, ianya masih lagi belum aktif, dan membawa pengguna yang melawatinya kepada halaman profail mereka. Sebelum ini, Google telah memperkatakan akan melancarkan butang +1 mereka kepada para pembangun web tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd