Moorea Membolehkan Pembinaan Galleri Interaktif Berasaskan Web

Moorea Membolehkan Pembinaan Galleri Interaktif Berasaskan Web

Diterbitkan pada Mei 23, 2011 oleh .

Selain daripada sebuah video ringkas yang memperlihatkan aplikasi Moorea dengan lebih mendalam, kini ianya juga diketahui yang mana aplikasi Moorea ini juga kelak akan membolehkan para pengguna untuk membina sebuah galeri berasaskan web dengan mudah, dan melayarinya dalam kaedah yang interaktif.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah lagi yang akan dibawakan oleh Moorea ini melalui Office 15 kelak. Namun begitu, dengan kebolehan untuk membina galeri berasaskan web ini, mungkin Office 15 juga akan mengikut jejak Windows 8 dimana akan diintegrasikan secara mendalam bersama-sama dengan perkomputeran awan.

Office 15 dijangka akan dilancarkan sekitar tahun 2013 kelak, yang mana mungkin dilancarkan beberapa bulan selepas Windows 8. Buat masa ini, pembangunan Office 15 telah pun memasuki fasa Milestone 2.


TIPS & ULASAN