GALAXY S2 Di Malaysia Pada Minggu Ketiga Jun?

GALAXY S2 Di Malaysia Pada Minggu Ketiga Jun?

Diterbitkan pada Mei 23, 2011 oleh .

Lanjutan daripada ura-ura berkenaan Samsung GALAXY S2 sebelum ini, kini kami mula mendengar yang mana Samsung Malaysia mungkin akan melancarkan GALAXY S2 di Malaysia pada minggu ketiga Jun kelak. Namun begitu, ianya masih lagi belum disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Samsung Galaxy S2

Menariknya lagi, ianya turut sama didengari yang mana GALAXY S2 akan mempunyai harga jualan bermula daripada sekitar RM2099. Buat masa ini, beberapa kedai disekitar Lembah Klang dan Johor didapati menjual peranti ini pada harga lebih kurang RM2599.

Ianya juga diura-ura akan yang mana Maxis mungkin akan mendapat hak eksklusif untuk menjualnya, dan mungkin para pengguna dapat menikmati harga subsidi sehingga RM500 bersama-sama dengan pakej dan pelan Maxis kelak.

Walaubagaimanapun, segala perkara ini masih lagi pada peringkat ura-ura dengan tiada pengesahan rasmi daripada semua pihak berkenaan buat masa ini.


TIPS & ULASAN