Windows Phone Mango Bakal Membawakan Lebih 500 Fungsi Baru?

Windows Phone Mango Bakal Membawakan Lebih 500 Fungsi Baru?

Diterbitkan pada Mei 23, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Microsoft bakal mengadakan sebuah acara khas pada 24 Mei, iaitu esok, dimana melalui acara tersebut, Microsoft dijangka akan mengumumkan pelbagai fungsi-fungsi baru yang bakal dibawakan oleh Windows Phone 7.5 “Mango”. Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan perisian mereka itu, beberapa telefon pintar baru juga dijangka akan diumumkan bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, beberapa fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama Windows Phone “Mango” telah pun diketahui sedikit demi sedikit, termasuk fungsi navigasi, beberapa fungsi untuk pengguna perniagaan, dan banyak lagi. Namun, bukan itu sahaja, apabila Microsoft diperkatakan akan memperkenalkan lebih 500 fungsi baru bersama-sama dengan peranti Windows Phone mereka.

Esok semestinya akan menjadi salah satu hari yang dinantikan oleh para peminat dan pengguna Windows Phone seluruh dunia. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Microsoft esok.


TIPS & ULASAN