Bermula daripada hari ini, DomainRegistry.my memperkenalkan kebolehan untuk menyemak nama domain secara terus melalui SMS, sekaligus membolehkan para pengguna membuat semakan nama domain bukan sahaja secara atas talian, tetapi juga tanpa perlu mengakses internet seperti sebelumnya.
Untuk menyemak nama domain .my melalui SMS, para pengguna hanya perlu menaip MY-jarak-check-jarak-namadomain dan hantarkannya pada 36828. Buat masa ini, perkhidmatan ini boleh digunakan melalui talian Celcom, DiGi dan juga Maxis dan caj sebanyak RM0.30.
Selain daripada fungsi ini, DomainRegistry.my juga turut sama memperkenalkan fungsi untuk menyemak status permohonan mereka secara atas talian, sekaligus membolehkan para pendaftar nama-nama domain mengetaui status permohonan mereka dengan lebih pantas.