Cari @ Amanz

Kini, dengan lebih 7,000 pengguna yang sudah “Like” AmanzNetwork pada Facebook, kami menyediakan beberapa perkara baru kepada para pengguna dan juga pembaca, dimana hari ini, kami menambah dua lagi blog bercirikan IT dibawah kami, iaitu Kreative.my dan juga Droid.my. Selain daripada itu, kami juga membuka pengiklanan kepada mereka yang berminat untuk mempromosikan produk mereka melalui rangkaian AmanzNetwork.

Kreative.my


Secara ringkasnya, laman Kreative.my menjurus ke arah dunia rekabentuk, inspirasi dan juga industri kreatif secara umumnya. Melalui laman Kreative.my, kami akan menyediakan pelbagai artikel menarik berkaitan dunia kreatif, termasuk dari segi rekabentuk web, sehinggalah kepada temuramah bersama-sama dengan perekabentuk tempatan dan sebagainya. Beberapa artikel telah pun tersedia, dan akan mula dimasukkan satu demi satu pada setiap hari.

Droid.my


Daripada namanya sendiri, laman ini akan menjurus sepenuhnya kepada Android, dimana melaluinya, pelbagai berita-berita terkini berkaitan Android, selain aplikasi-aplikasi menarik tempatan mahupun antarabangsa, serta pelbagai tips dan tutorial juga akan dimuatkan. Salah seorang penulis pada laman Droid.my merupakan saudara Azam, yang mempunyai blog berkaitan Android beliau tersendiri.

Pengiklanan

Pada masa yang sama, kami juga membuka peluang kepada para peniaga dan pemilik perkhidmatan yang berminat untuk mengiklankan perniagaan mereka, boleh memuat-turun kit pengiklanan ringkas daripada kami, dan hubungi kami sekiranya berminat untuk menyertakan produk anda disini.

Lagi?

Kami juga kini sedang dalam perancangan terakhir, dan sekiranya semua berjalan lancar, kami akan mengeluarkan sebuah majalah ringkas dalam bentuk *PDF yang mana akan memuatkan pelbagai artikel-artikel menarik dunia IT sepanjang bulan, berserta dengan beberapa tips dan tutorial, serta beberapa artikel eksklusif padanya. Sekiranya segalanya berjalan lancar, kami akan mengeluarkannya pada minggu pertama bulan Jun, dan ianya akan diedarkan secara percuma (sehingga kami mampu membayar bandwithnya).

Penulis dan Intern

Sekiranya anda berada dalam cuti semester ataupun sedang mencari tempat untuk menjalankan latihan industri, mungkin anda boleh mencubanya pada AmanzNetwork. Kami merupakan antara rangkaian blog pertama di Malaysia yang berdaftar dengan SSM, dan kini sedang berkembang dengan pesat. Sekiranya anda mengambil jurusan berkaitan dengan kewartawanan, dan juga digital media, mungkin anda boleh menghantarkan resume anda kepada [email protected].

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd