iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?

iPhone 5 Akan Membawakan Skrin Dengan Kaca Lengkung?

Diterbitkan pada Mei 24, 2011 oleh .

Dengan pelbagai berita dan ura-ura berkaitan iPhone 5, kini ianya ditambah lagi apabila beberapa laporan mula memperkatakan yang mana iPhone generasi akan datang daripada Apple ini akan membawakan skrin dengan kaca lengkung, lebih kurang sama seperti yang terdapat pada iPod mereka.

Ianya diperkatakan yang mana Apple sendiri telah membeli beberapa mesin untuk pemotongan kaca tersebut untuk digunakan oleh pengeluar dalam mengeluarkan skrin dengan kaca lengkung tersebut.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iPhone generasi seterusnya akan dijual kepada umum. Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana iPhone 5 hanya akan mula dijual di pasaran sekitar bulan September kelak, dan dijangka akan membawakan iOS 5 bersama-sama dengannya kelak.


TIPS & ULASAN