Cari @ Amanz

CIMBClicks Memperkenalkan Ciri Sekuriti Tambahan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelbagai pencerobohan sekuriti yang dilaporkan akhir-akhir ini, kini CIMBClicks memperkenalkan salah satu fungsi sekuriti tambahan baru, dipanggil sebagai SecureWord, selain turut sama membolehkan para pengguna mendapatkan TAC dalam beberapa lagi cara yang berbeza berbanding sebelum ini.

Melalui SecureWord, anda akan diminta untuk memasukkan suatu perkataan khas,dengan kurang daripada 10 huruf, dan setiap kali anda memasuki laman CIMBClicks selepas itu, anda akan diperlihatkan dengan perkataan itu, sekaligus mengesahkan yang mana anda berada di laman yang benar.

Selain daripada itu, kini CIMBClicks juga memperkenalkan beberapa cara baru mendapatkan TAC, iaitu selain daripada melalui SMS seperti biasa, para pengguna juga boleh mendapatkannya melalui suatu aplikasi khas yang dipasang pada peranti mereka, ataupun mendapatkan sebuah peranti khas untuk TAC, sekaligus tidak lagi memerlukan anda menunggu TAC seperti sebelumnya.

Mungkin beberapa lagi penambahan baru turut sama akan dibawakan dari semasa ke semasa dalam memastikan para pengguna sentiasa selamat dan tidak tertipu oleh pihak ketiga, dan juga laman-laman berbentuk phishing yang semakin berleluasa buat masa ini.


Komen ()