Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah pelbagai teka-teki, Steve Ballmer sendiri kini telah mengesahkan yang mana Windows 8 ataupun sistem operasi Windows generasi akan datang daripada Microsoft kelak akan dilancarkan pada tahun hadapan secara rasminya. Ballmer mengumumkan perkara ini pada sebuah acara di Jepun.

Selain daripada itu, Ballmer juga turut sama memperkatakan yang mana ianya turut sama akan dilancarkan bersama-sama dengan tablet dan beberapa peranti lain, selain daripada hanya pada desktop dan PC sebelum ini. Sebelum ini sendiri,mereka telah mengumumkan yang mana Windows 8 akan menyokong ARM, sekaligus memberikan idea yang ianya akan tiba di tablet.

Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi, Microsoft bakal melancarkan versi beta Windows 8 kepada umum, sekaligus membolehkan para pengguna mengujinya terlebih dahulu, selain membolehkan Microsoft mendapatkan maklumbalas pantas berkaitan produk mereka yang bakal dilancarkan itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd