YouTube Menguji Sistem Pengiklanan Baru

YouTube Menguji Sistem Pengiklanan Baru

Diterbitkan pada Mei 24, 2011 oleh .

Ianya kini dilaporkan yang mana Google sedang menguji sistem pengiklanan baru pada YouTube dikenali sebagai First Watch. Melalui sistem tersebut, sebuah iklan akan diperlihatkan sebelum video tersebut dimainkan, untuk seseorang pengguna itu pada lawatan ke YouTube untuk kali pertama mereka pada sesuatu hari.

Dan selepas melihat iklan tersebut, pengguna dikatakan akan dapat menggunakan YouTube sama seperti biasa, dan akan melihat iklan-iklan lain seperti mana sediakala. Walaubagaimanapun, iklan First Watch ini tidak akan diperlihatkan pada kandungan video yang dimuat-naik oleh pengguna, tetapi hanya pada kandungan video rakan kerjasama YouTube sahaja.

Menariknya adalah dimana melaluinya mungkin YouTube boleh meningkatkan pendapatan mereka, selain turut menguntungkan pihak pengiklan. YouTube sendiri mengatakan yang mana melalui ujian yang dijalankan ianya tidak menerima sebarang aduan, dan prestasi klik dilihat amatlah tinggi pada iklan jenis tersebut.


TIPS & ULASAN