Twitter Kini Menghantar Emel Untuk RT Dan Favourite

Diterbitkan pada Mei 24, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter bermula hari ini menambah fungsi notifikasi pada perkhidmatan mereka, dimana untuk setiap Tweet daripada anda yang di retweet ataupun dijadikan Favourite oleh pengguna lain, anda akan menerima sebuah emel khas terus ke akaun emel anda. Walaubagaimanapun, anda boleh menutup fungsi ini melalui laman tetapan Twitter.

Perkara ini dijangka akan beroperasi sama seperti apa yang emel diterima oleh pengguna setiap kali menerima Direct Message. Dengan fungsi ini juga, para pengguna boleh mengikuti perkembangan tweet mereka di laman Twitter dengan lebih mudah lagi.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

Starting today, we’re rolling out an email notification that lets you know if someone you follow retweets or favorites one of your Tweets.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami