Setelah diperkatakan yang mana Twitter bakal mengambil-alih TweetDeck dan telah pun memasuki pebincangan terakhir, kini CNN laporkan yang mana Twitter telah pun mengambil-alih aplikasi TweetDeck itu pada harga lebih $40 juta.
Buat masa ini, pihak Twitter masih lagi mengeluarkan komen rasmi berkaitan dengannya, dan masih mengatakan yang mana mereka tidak memberikan sebarang komen untuk berita ura-ura. Namun begitu, ianya dilaporkan yang mana perjanjian antara kedua-dua pihak telah pun ditanda-tangani pada Isnin yang lepas.
Sama-sama kita nantikan komen rasmi pihak Twitter berkenaan perkara ini, dan apakah yang bakal dibuat oleh mereka dengan TweetDeck kelak.