P1 Turut Sama Cache Akan Kandungan YouTube Di Pelayan Tempatan

Diterbitkan pada Mei 24, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas kepada warga tempatan, kini ianya dilihat yang mana Packet One ataupun yang mana lebih dikenali sebagai P1 mula cache akan kandungan-kandungan YouTube pada pelayan tempatan, sekaligus memberikan akses yang lebih pantas untuk penggunanya.

P1 Traffik

Sebelum ini, TM juga telah melakukan perkara yang sama, dimana disamping memberikan akses kandungan YouTube yang lebih pantas kepada para pengguna tempatan, TM dan P1 juga kini boleh menjimatkan lagi penggunaan jalur-lebar antarabangsa, kerana kini ianya lebih tertumpu kepada penggunaan tempatan.

Menurut P1, penyediaan pelayan tempatan untuk cache kandungan telah pun berlaku untuk beberapa ketika.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami