Cari @ Amanz

Nampaknya, syarikat pembangun aplikasi mudah-alih tempatan yang paling popular, TeratoTech kini telah pun melebarkan sayap mereka ke luar negara, dimana ianya dilihat yang mana Terato Inc telah pun didaftarkan di Amerika Syarikat, atau lebih tepat lagi di San Jose, California.

Perkara ini didapati melalui suatu kemaskini minimal pada halaman Undies.my, dimana pada bahagian bawah laman tersebut, Terato Tech telah menyertakan “Terato Inc. San Jose, CA. 95133” sekaligus memberikan idea yang mana syarikat startup paling popular tempatan itu kini telah pun melangkah setapak lagi kehadapan.

Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat beberapa lagi produk baru daripada pihak Terato Tech, selain daripada aplikasi Undies.my yang dinantikan oleh para pengguna.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd