Setelah dinantikan sekian lama, kini pelayar web Opera yang dioptimasikan khas untuk iPad telah pun dilancarkan, dan para pengguna yang berminat sudah boleh memuat-turunnya secara percuma terus daripada AppStore bermula daripada hari ini.
Melalui versi 6.0 ini, ianya membawakan rekabentuk dan antaramuka yang dioptimasikan untuk semua peranti iOS, terutamanya untuk iPad. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan sokongan untuk perkongsian pantas pada Facebook, Twitter dan My Opera dengan lebih pantas lagi.
Namun begitu, untuk memasang aplikasi Opera Mini ini, para pengguna perlulah berumur 17 tahun dan keatas, dan akan diminta kebenaran terlebih dahulu sebelum ianya dipasang. Sekiranya anda berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Opera Mini untuk iPad ini dan menggunakannya pada tablet iOS anda.