Carian
Maxis Mula Menawarkan Opera Mini Secara Percuma
May 24, 2011 Aman

Setelah DiGi, kini Maxis turut sama mengikut jejak langkah sama, dimana kini mereka turut sama menawarkan pelayar web Opera Mini secara percuma kepada para pengguna Maxis yang menggunakan pelbagai peranti, termasuk Android, BlackBerry, iPhone, Windows Mobile, Symbian S60 dan juga Java.

Perkhidmatan ini bakal bermula daripada 27 Mei kelak, dimana para pengguna Maxis boleh memuat-turun Opera Mini 4.3 ataupun Opera Mini 6 secara percuma tanpa sebarang caj. Selain daripada itu, pengguna Maxis juga boleh mendapatkan pautan muat-turun untuk aplikasi tersebut dengan hanya menghantar SMS Opera ke 26000.

Komen