Menurut beberapa laporan, kini Apple AppStore telah pun melangkaui lebih daripada 500,000 aplikasi yang ditawarkan untuk peranti-peranti iOS. Namun begitu, ianya hanyalah laporan yang tidak rasmi, dan mungkin Apple akan mengumumkannya pada cara WWDC yang bakal diadakan pada bulan Jun kelak.
Apple AppStore telah dilancarkan secara rasminya pada tahun 2008, dan kini ianya telah pun melangkaui lebih daripada 10 billion muat-turun secara keseluruhannya. Mungkin lebih banyak statistik menarik bakal diperlihatkan oleh Apple pada acara WWDC kelak. Sama-sama kita nantikannya.