Carian
Google Bakal Memperkenalkan Sistem Pembayaran Mudah-Alih
May 25, 2011 Aman

Google kini diperkatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan sistem pembayaran mudah-alih yang serba baru pada 26 Mei ini. Perkhidmatan ini dijangka akan diperkenalkan untuk para pengguna Android terlebih dahulu, dan akan diperkenalkan bersama-sama syarikat telekomunikasi Amerika, Sprint.

Ianya dijangka yang mana perkhidmatan tersebut akan menggunakan teknologi komunikasi medan terdekat (NFC), yang mana akan membolehkan para pengguna membayar dengan hanya menyentuh telefon pintar mereka sahaja.

Nexus S
Nexus S membawakan fungsi NFC, manakal iPhone dijangka akan memperkenalkannya dalam peranti generasi akan datang

Buat masa ini, Nexus S didatangkan bersama-sama dengan teknologi NFC, selain mana Apple turut dijangka akan memperkenalkan teknologi tersebut pada telefon pintar mereka. RIM turut sama telah mengatakan yang mana mereka akan memperkenalkan teknologi tersebut pada peranti mereka tahun ini.

Nampaknya, mungkin dalam masa beberapa tahun lagi, kita turut sama akan dapat melihat perkembangan teknologi tersebut di Malaysia. Sama-sama kita nantikannya.

Komen