Cari @ Amanz

Salah satu syarikat penyedia internet yang kurang popular di Malaysia adalah Vasseti Datatech Berhad, dimana mereka menyediakan perkhidmatan internet untuk para pengguna perumahan dan juga pejabat. Menariknya mengenai perkhidmatan mereka adalah mereka menawarkan kelajuan sehingga 1000Mbps pada harga yang amat berpatutan sekali.

Perkhidmatan ini telah pun dilancarkan sekitar bulan Ogos tahun lepas, dan buat masa ini, perkhidmatan internet mereka hanya ditawarkan dibeberapa bangunan sahaja di sekitar Kuala Lumpur, dan masih lagi tidak diketahui berkenaan pelan memperluaskan perkhidmatan mereka buat masa ini.

Melalui pakej yang disediakan oleh VassetiDataTech ini, para pengguna perumahan boleh menikmati kelajuan sehingga 1000 Mbps pada harga serendah RM199, manakala para pengguna pejabat pula boleh mendapatkan kelajuan bermula 10Mbps pada harga RM399.

Buat masa ini, kami masih lagi belum mendengar sebarang maklumbalas berkaitan perkhidmatan mereka, jadi kami masih lagi belum dapat ketahui mengenai kelajuan purata yang dibawakan oleh perkhidmatan mereka. Sekiranya anda menggunakannya, mungkin anda boleh memberikan sedikit komen berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd