Setelah Facebook memperlihatkan rekabentuk pusat data mereka kepada umum, kini Google pula memperlihatkan pusat data mereka yang baru yang mana dijana menggunakan tenaga alam semulajadi dan teknologi mesra alam, dimana penyejukan pusat data mereka dilakukan dengan menggunakan air laut.
Pusat data baru ini adalah di Finland, dimana mengambil kesempatan daripada lokasinya yang bersebelahan dengan laut, Google telah membina sebuah pusat data baru yang amat mesra alam, menggunakan tenaga semulajadi, dimana penyejukan dilakukan oleh air laut daripada beberapa ratus meter.
Selain daripada penggunaan tenaga yang mesra alam, Google juga pada masa yang sama dapat menjimatkan kos operasi mereka untuk pusat data tersebut dengan penggunaan air laut itu.