Carian
Apple Memperlihatkan Langkah Mengatasi Malware MacDefender
May 25, 2011 Aman

Apple kini telah pun mengeluarkan beberapa informasi dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuang malware MacDefender, yang mana ditujukan khas untuk pengguna Mac OS X akhir-akhir ini. Apple juga mengatakan yang mana mereka bakal memperkenalkan kemaskini sekuriti untuknya dalam masa beberapa hari lagi.

Akhir-akhir ini, ianya dilaporkan yang mana para pengguna Mac OS X 10.4 dan terkini dijangkiti malware yang dikenali sebagai MacDefender, MacProtector, dan juga MacSecurity, dimana ianya membuatkan para pengguna Mac mempercayai peranti mereka dijangkiti virus dan mengumpulkan informasi kad kredit untuk kononnya membeli perisian tersebut.

Bagi para pengguna Mac, mungkin anda boleh mengikuti langkah-langkah yang disediakan oleh Apple untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti malware ini, ataupun sekiranya telah dijangkiti, boleh membuangnya melalui tutorial sama yang disediakan oleh Apple.

Komen