Cari @ Amanz

Kini, ianya diura-urakan yang mana sistem operasi iOS yang seterusnya, iaitu iOS 5.0 yang dijangka akan diperlihatkan pada WWDC 2011 kelak tidak lagi akan menyokong iPhone 3GS dan sebelumnya, dan hanya boleh digunakan oleh iPhone 4 dan yang terkini sahaja.

Ianya bukanlah suatu perkara baru, dimana beberapa kemaskini sebelum ini juga tidak diperkenalkan untuk beberapa peranti terawal, memandangkan keupayaan perkakasan padanya yang mungkin tidak menyokong pelbagai teknologi baru pada sistem operasi yang diperkenalkan.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura dan masih belum disahkan secara rasminya oleh Apple buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd