Cari @ Amanz

Dengan pembangunan Firefox 5 telah pun mencapai versi beta, pembangunan Firefox 5 sudah pun menghampiri fasa-fasa terakhir pembangunan, dimana versi akhirnya kelak bakal dilancarkan pada 21 Jun kelak. Bersama-sama dengannya, Firefox Mobile 5 juga bakal dilancarkan pada tarikh yang sama.

Buat masa ini, Firefox 5 tidak membawakan perubahan drastik, namun membawakan penambah-baikkan daripada kepantasan dan prestasi pelayar web tersebut, serta menyokong beberapa fungsi CSS3 yang baru. Selain daripada itu, Firefox Mobile 5 pula membawakan fungsi popular pada desktop kepada peranti Android, iaitu fungsi Do Not Track.

Selain daripada Firefox 5, pembangunan Firefox 6 juga telah melangkah setapak kehadapan, dimana telah pun memasuki fasa Aurora. Ianya masih lagi tidak diketahui bilakah Firefox 6 Beta akan dikeluarkan oleh pihak Mozilla.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd