Cari @ Amanz

Pembangunan Firefox 7 Dimulakan

Oleh Aman

Link Copied!

Pembangunan Firefox hari ini melangkah setapak lagi kehadapan apabila pembangunan Firefox 7 dimulakan. Ini sekaligus memperlihatkan tiga versi Firefox kini dalam pembangunan, dimana Firefox 5 pada saluran beta, Firefox 6 pada saluran Aurora, manakala Firefox 7 pada saluran Nightly.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana pembangunan Firefox mengikut jadual yang ditetapkan berjalan lancar buat masa ini. Buat masa ini, fungsi baru yang akan diperkenalkan padanya masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini.

Selain daripada itu, sekiranya mengikut jadual pembangunan, Firefox 5 bakal dilancarkan pada 21 Jun kelak, dimana pada tarikh yang sama, Firefox 6 akan memasuki saluran Beta, manakala Firefox 7 akan memasuki saluran Aurora, dan versi pembangunan pertama Firefox 8 akan kelihatan.

It’s Mozilla Merge Day! \o/ Onward to Firefox 7 :Dless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


Komen ()