Setelah melancarkan YouTube.com pada tahun 2005, kini laman perkongsian video terkemuka YouTube telah pun beroperasi selama enam tahun, dan pada hari ini, YouTube berkongsi beberapa statistik yang amat menarik, dan salah satunya adalah dimana kini YouTube menerima lebih 3 billion lawatan sehari.
Dengan angka baru ini, ianya memperlihatkan peningkatan lebih 50% sejak dua belas bulan yang lepas. Selain daripada itu, YouTube juga kini melihat video selama lebih 48 jam dimuat-naik pada laman mereka setiap minit, sekaligus menunjukkan peningkatan seratus-peratus sejak tahun lepas.
Di Malaysia sahaja, beberapa kandungan YouTube di cache oleh para penyedia telekomunikasi tempatan, dalam memberikan akses kepadanya yang lebih pantas, dan pada masa yang sama mengurangkan kos jalur-lebar yang terpaksa ditanggung oleh kerananya.