Setelah tidak memberikan komen berkaitan dengan TweetDeck sebelum ini, hari ini pihak Twitter secara rasminya mengesahkan pembelian dan pengambil-alihan TweetDeck oleh mereka. Walaupun tiada harga yang disebutkan oleh pihak Twitter, ianya diperkatakan adalah sekitar $40 juta.
Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui apakah yang akan dibuat oleh Twitter dengan produk terbaru ini dibawah mereka. Menurut pihak Twitter, ianya merupakan salah satu pengambil-alihan yang penting untuk mereka, dimana TweetDeck menyediakan pelbagai informasi masa-nyata kepada pelbagai pihak. Twitter memperkatakan yang mana mereka akan terus melabur pada TweetDeck yang disukai oleh para pengguna itu.
Mungkin juga beberapa perkara daripada TweetDeck Web yang masih lagi dalam versi beta tertutup itu akan diintegrasikan pada laman Twitter. Namun begitu, tiada makluman rasmi berkaitan dengan perkara tersebut buat masa ini.