Cari @ Amanz

Kini ianya dilaporkan yang mana Facebook bakal memperluaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka, dengan melancarkan perkhidmatan muzik tidak lama lagi. Perkhidmatan Facebook Music ini bakal dilancarkan dengan kerjasama bersama-sama Spotify dalam masa dua minggu lagi.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini diperkatakan hanya akan boleh digunakan oleh pengguna daripada negara-negara yang disokong oleh Spotify sahaja, dan mendukacitakan Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut.

Melalui kerjasama kedua-dua pihak ini, Facebook akan memperlihatkan ikon Spotify pada bahagian kiri Newsfeed pada Facebook, bersama-sama dengan ikon-ikon biasa seperti gambar dan lain-lain. Dengan klik ikon Spotify, ianya akan memasang perkhidmatan Spotify pada desktop, sekaligus membolehkan para pengguna memainkan jutaan lagu daripada Spotify terus daripada Facebook.

Menariknya, ianya juga diperkatakan yang mana para pengguna boleh memainkan sesuatu lagu itu, dan kongsi akannya bersama-sama dengan rakan-rakan anda di rangkaian sosial tersebut. Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui apakah nama perkhidmatan baru ini akan diberi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd