Pembangun WordPress kini telah pun mengeluarkan kemaskini sekuriti untuk platform blog mereka, iaitu WordPress 3.1.1. Selain daripada itu, pada masa yang sama juga, pembangunnya turut sama telah mengeluarkan versi pembangunan terbaru untuk versi akan datang, iaitu WordPress 3.2 Beta 2.
Bagi para pengguna sedia ada WordPress, anda boleh mengemaskininya secara automatik menggunakan menu Updates yang terdapat pada Dashboard masing-masing. Anda juga boleh melakukannya secara manual, dengan memuat-turun fail WordPress 3.1.3 dan memuat-naiknya mengantikan fail-fail sedia ada melalui FTP anda.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menguji platform WordPress generasi akan datang, iaitu WordPress 3.2 Beta 2. Buat masa ini, pembangunannya masih lagi mengikut jadual, dan sekiranya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat melihat versi akhirnya pada bulan hadapan kelak. Melalui versi baru ini, ianya membawakan sedikit kemaskini pada antaramuka dashboard, serta membawakan kebolehan untuk menulis pada skrin penuh, tanpa gangguan perkara lain.