Cari @ Amanz

Dengan kebanyakkan perkhidmatan mula menyediakan aplikasi mudah-alih untuk iPhone dan juga Android, kini WangCyber turut sama tidak ketinggalan, dimana mereka memperkenalkan aplikasi khas untuk kedua-dua platform tersebut, membolehkan pengguna mengikuti perkembangan forum tersebut dengan mudah.

Ianya dibangunkan menggunakan beberapa tool yang telah disediakan sendiri oleh pihak VBulletin, sekaligus membolehkan setiap pemilik lesen perisian forum tersebut memperkenalkan aplikasi mudah-alih untuk web mereka dengan mudah.

Bagi para pengguna WangCyber yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi ini terus daripada AppStore ataupun Android Market, dan mengikuti perkembangan forum tersebut terus dari peranti pintar anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd