Cari @ Amanz

Salah satu rangkaian sosial tempatan yang kelihatan menarik sekali yang semakin berkembang dari hari ke hari adalah ReachOut. Melaluinya, selain daripada membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara bersama-sama rakan-rakan, keluarga dan lain-lain dengan mudah, ianya turut sama membolehkan anda membuat panggilan dan berkolaborasi dengan lain dengan mudah dan senang.


ReachOut.me – Halaman Utama Pengguna


ReachOut.me – Halaman Profail

Selain daripada kebolehan rangkaian sosial biasa, seperti berkongsi mesej status, memuat-naik gambar dan video dan sebagainya, melalui ReachOut, ianya turut sama menyediakan halaman media, dimana anda boleh menikmati pelbagai kandungan menarik, termasuk menonton siaran TV terus melalui pelayar web anda.


Menonton TV Terus Daripada Pelayar Web

Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh membuat panggilan keluar ke mana-mana nombor-nombor tempatan terus dari pelayar web, pada kadar yang murah. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu membuat panggilan miscall untuk suatu nombor khas, dan kemudiannya ianya akan memanggil balik nombor telefon anda, dimana melaluinya anda boleh membuat panggilan ke sebarang nombor dengan mudah.

Buat masa ini, ianya dilihat yang mana ReachOut menyasarkan para pelajar terlebih dahulu, dengan menyediakan kebolehan untuk menambah-duit pada akaun ReachOut masing-masing melalui suatu kaunter yang terdapat pada kolej dan universiti masing-masing.

ReachOut juga masih lagi pada peringkat beta tertutup buat masa ini, dan memerlukan emel jemputan untuk menggunakannya.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan ini daripada pihak yang berkaitan, dan mengemaskininya sebaik sahaja maklumat yang berkaitan berjaya dikumpulkan. Sementara itu, sekiranya anda telah pun menguji perkhidmatan baru ini, apakah komen anda berkaitan dengannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd