Cari @ Amanz

Setelah pengumuman berkaitan kerjasama bersama-sama dengan pihak Microsoft dalam menggunakan Windows Phone pada peranti Nokia, ramai yang tertanya-tanya mengenai Symbian. Kini, dalam sebuah temuramah ringkas, CEO Nokia telah pun memperkatakan yang mana Symbian akan disokong sekurang-kurangnya sehingaa 2016 kelak.

Pada masa yang sama, Nokia juga turut sama terus melabur dalam pembangunan Symbian, dan baru-baru ini mereka telah pun mempelihatkan kemaskini platform mereka, iaitu Symbian Anna yang akan didatangkan dalam peranti Nokia tidak lama lagi.

Nokia juga tidak lama lagi bakal memperkenalkan peranti Windows Phone pertama mereka, bersama-sama dengan versi Mango, serta menjangkakan akan mengeluarkan lebih 12 peranti Windows Phone sebelum 2012 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd