Carian
Windows 8 Untuk Tablet Bakal Diperlihatkan Minggu Hadapan?
May 27, 2011 Aman

Setelah diura-ura akan yang mana Microsoft bakal memperlihatkan Windows 8 pada minggu hadapan, kini beberapa ura-ura baru turut sama muncul, memperkatakan yang mana Microsoft akan memperlihatkan sistem operasi Windows generasi baru untuk tablet pada minggu hadapan.

Perkara yang diura-urakan sebelum ini, berkemungkinan adalah mengenai Windows 8 versi tablet, namun masih tidak dapat dipastikan buat masa ini. Walaubagaimanapun, ianya semestinya akan memberikan idea awal mengenai antaramuka Windows 8 yang dinantikan oleh semua pengguna.

Sekiranya benar perkara ini, ianya turut akan memenuhi ura-ura sebelum ini mengatakan Microsoft bakal memperlihatkan antaramuka tablet Windows 8 pada bulan Jun, selain latar masa produk daripada Dell yang menunjukkan tablet dengan Windows 8 bakal dilepaskan sekitar awal Januari 2012 kelak.

Sebelum ini, CEO Microsoft sendiri telah mengatakan yang mana Windows generasi akan datang bakal dilepaskan pada tahun hadapan.

Komen