Maxis Menawarkan HTC Flyer Bersama Pakej Ultimate Solid

Maxis Menawarkan HTC Flyer Bersama Pakej Ultimate Solid

Diterbitkan pada Mei 27, 2011 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama, Maxis telah pun mengeluarkan pelan dan pakej khas untuk HTC Flyer, membolehkan para pengguna menikmati tablet pertama daripada HTC itu pada harga hanya RM195 setelah melanggan pakej Maxis selama dua tahun.

Ianya dilihat untuk pelan baru ini, Maxis menamakannya sebagai Ultimate Solid, dimana menumpukan kepada penggunaan data, dengan memberikan penggunaan data sehingga 16Gb sebulan, dengan akses tanpa had untuk Facebook, YouTube, OneMusic, serta akses percuma untuk Maxis WiFi selama 3 bulan pertama.

Untuk mendapatkan HTC Flyer, para pengguna perlu melanggan pakej Ultimate Solid ini pada harga RM152 sebulan (setelah rebat diberikan sebanyak RM96 daripada harga asal RM248). Walaubagaimanapun, ianya dilihat yang mana HTC Flyer masih lagi perlu diberi pada harga RM2499, dan harga RM195 hanyalah harga yang didapati setelah rebat dan segalanya setelah 2 tahun.


TIPS & ULASAN