Selain daripada pelan Ultimate Solid, Maxis juga turut sama telah memperkenalkan dua lagi pelan yang baru, masing-masing dipanggil Ultimate Plus dan juga Ultimate Pro. Menariknya mengenai pakej ini adalah dimana ianya memberikan akses tanpa had kepada beberapa web, termasuk Facebook dan YouTube.
Untuk pakej Ultimate Solid, seperti sedia maklum, ianya menawarkan penggunaan data sehingga 16GB, pada harga RM248 sebulan. Ultimate Pro pula menawarkan penggunaan data sehingga 12GB sebulan pada harga RM188, dan Ultimate Plus pula menawarkan penggunaan data sehingga 8GB pada harga RM128 sebulan.
Memandangkan ianya lebih ditujukan untuk pengguna yang menumpukan kepada penggunaan data, ianya lebih sesuai untuk pengguna tablet dan juga jalur-lebar mudah-alih daripada Maxis.
Pada masa yang sama, Maxis juga turut sama menawarkan tablet HTC Flyer dan Motorola Xoom, serta netbook HP ProBook bersama-sama dengan pakej Maxis Ultimate ini.