Cari @ Amanz

Google sentiasa memperkenalkan pelbagai perkara baru pada perkhidmatan emel mereka, GMail dan terkini mereka telah pun memperkenalkan People Widget, dimana melaluinya, anda akan diperlihatkan pelbagai kandungan daripada rakan-rakan, keluarga dan lain-lain pada halaman GMail anda.

Kandungan-kandungan ini sebenarnya sememangnya boleh diakses oleh para pengguna, tetapi mungkin sedikit sukar untuk ditemui. Jadi, dengan adanya People Widget ini, ianya memudahkan pengguna untuk melihatnya, disamping berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga mereka dengan lebih efektif lagi, menggunakan GMail.

Melalui People Widget ini, para pengguna boleh melihat pelbagai kandungan dan informasi berkaitan sesuatu pengguna itu bersebelahan dengan emel komunikasi antara mereka dengan anda. Antara kandungan yang diperlihatkan termasuklah daripada Google Buzz, Google Calendar dan Google Docs yang dikongsikan bersama.

Ianya akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna, dan mungkin anda akan dapat melihatnya dalam masa beberapa minggu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd