Twitter Kini Membolehkan Anda Melihat Timeline Rakan

Twitter Kini Membolehkan Anda Melihat Timeline Rakan

Diterbitkan pada Mei 27, 2011 oleh .

Twitter hari ini telah pun memperkenalkan salah satu fungsi yang amat menarik sekali, dimana kini anda boleh melihat Timeline rakan-rakan anda di Twitter, sama seperti yang mereka lihatnya dengan mudah.

Ianya merupakan salah satu fungsi yang amat menarik sekali bagi mereka-mereka yang mencari pelbagai informasi menarik, dan siapakah yang mereka patut ikuti pada Twitter. Walaubagaimanapun, sekiranya rakan anda itu mengikuti akaun Twitter yang di label sebagai peribadi, maka anda tidak akan dapat melihat tweet tersebut pada Timeline mereka.

Selain daripada itu, sekiranya anda melawati akaun rakan anda melaluinya, anda juga akan diperlihatkan dengan sebuah butang khas yang membolehkan anda melihat akaun-akaun rakan anda yang lain dengan rawak, sekaligus membolehkan anda menemui rakan-rakan baru dengan minat yang serupa dengan lebih mudah lagi.


TIPS & ULASAN